Integrasi
antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika
menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar
yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang
menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai
kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika
dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. (Malaysia, 2001)
Seorang
pendidik perlu memainkan peranan yang dominan dalam usaha merealisasikan apirasi
negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan
pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan
professional. Berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan, Peranan guru sebagai pembina negara bangsa dan modal
insan serta mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid adalah melalui cara-
cara berikut iaitu memperkasa bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
Bahasa
Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan begitu penting dalam
masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia
dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan
kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa
ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi
merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang
kaum.
Dengan ini, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan hendaklah memainkan peranan yang penting untuk
meyatupadukan semua kaum di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Garvin dan
Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard
ialah fungsi penyatuan. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat
yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa
yang sama, dan dengan sedemikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat
bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang
dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang
berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi
bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat
dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa
Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.
Oleh itu, bagi melaksanakan garis panduan
tersebut, guru perlu menangani cabaran integrasi nasional dengan menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru harus menerapkan
dan menanam rasa cinta akan bahasa Malaysia dalam jiwa muridnya. Antara cara
dalam usaha memperkasakan bahasa ini adalah dengan mengadakan program-program seperti
pertandingan debat, pidato, dan bahas. Pertandingan menulis artikel, Minggu
Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain- lain
Peranan guru seterusnya adalah
memantapkan perpaduan dan integrasi nasional .Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Rancangan Integriti Murid untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP adalah
sebuah program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru,dan
kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan
peralatan, penggemblengan tanaga dan kepakaran.
Matlamat utama RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Justeru itu, guru perlulah menerima
cabaran dan berusaha untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin aktiviti RIMUP tersebut
di sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan antaranya dari
bidang kecemerlangan akademik, aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti
Seminar, Karnival,debat dan lain-lain. Bagi bidang sukan dan permainan pula banyak
juga aktiviti yang boleh dijalankan seperti permainan tradisional, sukan rakyat
dan mencari harta karun. Seterusnya bagi bidang kokurikulum aktiviti kebudayaan, sambutan serta perayaan,
perkhemahan dan lawatan boleh dijalankan. Begitu juga aktiviti khidmat masyarakat
juga boleh dibuat seperti aktiviti gotong-royong, melawat rumah orang-orang tua
dan bantuan bencana alam turut boleh dipraktikkan dalam kalangan murid.
Seterusnya, guru turut berperanan
dalam memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa dalam usaha
mencapai matlamat integrasi nasional. Bagi menangani cabaran integrasi nasional
guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam
kalangan murid. Sebagai contoh semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar
daripada pelbagai aktiviti rutin yang dijalankan di sekolah. Antara aktiviti yang
dapat menanamkan semangat patriotisme termasuk aktiviti perbarisan, menaikkan bendera
dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik semasa perhimpunan mingguan sekolah.
Selain itu juga semangat patriotisme juga dapat dipupuk melalui sambutan bulan kemerdekaan
yang diadakan di sekolah. Pelajar digalakkan melibatkan diri dalam segala aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair,pantun,
puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain.
Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk menanam rasa cinta akan negara,
memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat-menghormati serta peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Guru juga berperanan untuk menerapkan
nilai-nilai murni yang dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa sepanjang aktiviti yang dijalankan. Guru
juga boleh menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz Bina Bangsa, Kem pencinta akan
Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan bahas perpaduan. Pelajar berbilang
kaum diberi peluang oleh guru untuk berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah.
Aktiviti sebegini mampu membina jati diri serta menanam sikap kecitaan kepada
bangsa dan negara.
Konsep sekolah wawasan yang
dipraktikkan juga memerlukan peranan yang besar dalam kalangan guru yang juga
berbilang bangsa. Wujudnya konsep sekolah wawasan ini bertujuan untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Penubuhan
sekolah ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang
berbilang kaum di Malaysia. Pelajar akan mudah dipertemukan kerana berada di
satu tapak persekolahan yang sama. Mereka menggunakan kurikulum yang sama
walaupun masih menggunakan bahasa ibunda dalam pelajaran masing-masing. Sekolah
wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza bagi membolehkan
pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa
kebangsaan. Bagi memastikan matlamat penubuhan sekolah wawasan ini dapat
dicapai maka peranan guru adalah amat dituntut. Guru perlu bergerak seiring
dengan matlamat yang telah ditetapkan. Guru perlu sentiasa mencari dan memberi
peluang agar wujudkan interaksi dan hubungan yang baik antara pelajar yang
berbilang kaum.
"Malaya" (Melayu, Cina, India dan Orang Asli)
BalasPadam"Malaysia" (Melayu, Cina, India, Orang Asli, Bumiputera Sabah dan Sarawak)