Cabaran semasa dalam
pendidikan alaf baharu terutamanya bagi aspek cabaran integrasi nasional
pastinya memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran serta impak kepada tugas
guru. Dalam menangani cabaran tersebut sudah pasti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah lebih mencabar. Sekolah akan menjadi lebih dinamik kerana berkebolehan
untuk memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,
masyarakat dan negara. (Ridhuan, 2010)
Pertama sekali, guru perlu
memberi layanan yang sama kepada semua murid. Seperti sedia maklum, setiap
murid adalah berbeza. Manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan
ciri personaliti serta reaksi emosi. Dalam konteks Malaysia, perbezaan individu
memang menjadi suatu perkara yang jelas.Rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang
tersendiri. Oleh itu guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan.
Guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid secara individu di dalam kelas.
Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid.
Daripada itu, guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang
sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
Bagi memastikan layanan yang
diberikan adalah adil, guru perlu juga menggunakan pelbagai teknik dan kaedah
bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak seorangpun murid dalam kelas
dikebelakangkan. Semasa pengajaran guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum
mereka tertentu sahaja. Guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif. Melalui kaedah ini murid
dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan cara ini
akan dapat mewujudkan suasana saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung
serta mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat
majmuk. Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Kebijaksanaan guru mengendalikan perbezaan kelas
sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
Dengan itu, suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran
lebih menyeronokan.
Seterusnya, guru harus berusaha untuk membantu murid memahami
dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Para guru perlu sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya yang
baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan murid-murid seiring dengan konsep 1 Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan