Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar
kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang
serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969.
Terdapat juga prasangka,amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan
kumpulan etnik tertentu. Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat
tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang perlu kita ketahui,
cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud
daripada tiga sumber iaitu pertama sekali cabaran dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang
yang dialami oleh rakyat daripada sesuatu keturunan bangsa. Masalah yang timbul
daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati ada di
antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.
Ketiganya masalah yang timbul
daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika
terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut. (Hashim, 2007)
Walaupun pelbagai usaha dan strategi
dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional, namun
masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukkan
masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Nilai dan sikap masyrakat yang
berprasangka, perkauman dan etnosentrisme merupakan faktor asas kepada
halangan-halangan lain. Halangan-halangan yang timbul dalam memupuk perpaduan
dan integrasi nasional di Malaysia boleh dilihat dari perspektif sosial,
kebudayaan, ekonomi, politik dan faktor fizikal.
Sosial
Dalam aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Oleh sebab itu, wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh pendedahan yang kurang tentang kepelbagaian etnik di Malaysia. Halangan yang seterusnya ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia.

Namun
begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional
kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan
pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah.
Dengan adanya sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk
berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang
berlainan. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya
menjadi penghalang kepada perpaduan. Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka
tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang
kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
Dalam konteks sosial juga dapat
diperhatikan kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal
di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya di Kuala
Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di
kawasan Brickfield dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung
Baru. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal bersama
penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka.
Kebudayaan
Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. Selain itu perbezaan kebudayaan juga merupakan penghalang dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbangkan kepada masalah perpaduan. Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi punca kepada masalah perpaduan. Ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka.

Ekonomi
Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi. Sejak dari zaman penjajahan British lagi masalah perbezaan pekerjaan membelenggu masyarakat yang berbilang kaum ini. Pada waktu itu, masyarakat Cina banyak ditempatkan di kawasan-kawasan bandar kerana kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor perlombongan biji timah. Bagi masyarakat India, mereka ditempatkan di kawasan-kawasan estet getah dan orang Melayu pula banyak di kawasan-kawasan kampung kerana orang Melayu bergiat dalam pertanian tradisional. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina. Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan takut terhadap kaum yang berkuasa.

Politik
Dalam aspek politik, perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Parti-parti politik di Malaysia seperti MCA dan MIC merupakan contoh-contoh parti politik yang dianggotai oleh satu golongan etnik sahaja. Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat dan isi hati, semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan