Ahad, 13 September 2015
GANGGUAN EMOSI
Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.Sebagai guru kita perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.
Aspek emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
•empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
•mengungkapkan dan memahami perasaan
•mengendalikan amarah
•kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
•kemampuan untuk menyesuaikan diri
•disukai oleh orang lain
•kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
•semangat setiakawan
•keramahan
•sikap hormat-menghormati
Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik
Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
i. Gangguan emosi ringan
ii. Gangguan emosi sedarhana
iii. Gangguan emosi berat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan