aku seorang pendidik
Ahad, 13 September 2015
GANGGUAN EMOSI
Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.Sebagai guru kita perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.
Aspek emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
•empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
•mengungkapkan dan memahami perasaan
•mengendalikan amarah
•kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
•kemampuan untuk menyesuaikan diri
•disukai oleh orang lain
•kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
•semangat setiakawan
•keramahan
•sikap hormat-menghormati
Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik
Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
i. Gangguan emosi ringan
ii. Gangguan emosi sedarhana
iii. Gangguan emosi berat
Sabtu, 12 September 2015
GURU DAN CABARAN SEMASA :IMPLIKASI TERHADAP P&P GURU
Cabaran semasa dalam
pendidikan alaf baharu terutamanya bagi aspek cabaran integrasi nasional
pastinya memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran serta impak kepada tugas
guru. Dalam menangani cabaran tersebut sudah pasti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah lebih mencabar. Sekolah akan menjadi lebih dinamik kerana berkebolehan
untuk memainkan peranannya dengan berkesan demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu,
masyarakat dan negara. (Ridhuan, 2010)
Pertama sekali, guru perlu
memberi layanan yang sama kepada semua murid. Seperti sedia maklum, setiap
murid adalah berbeza. Manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan
ciri personaliti serta reaksi emosi. Dalam konteks Malaysia, perbezaan individu
memang menjadi suatu perkara yang jelas.Rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum. Setiap kaum pula terdiri daripada kumpulan etnik yang
tersendiri. Oleh itu guru perlu memahami perbezaan individu dalam pendidikan.
Guru perlu memberi perhatian kepada perbezaan murid secara individu di dalam kelas.
Ini dapat dikesan dengan memahami pola perkembangan dan sifat perseorangan murid.
Daripada itu, guru dapat menentukan bahan yang akan diajar serta memilih cara yang
sesuai bagi mempertingkatkan kualiti pembelajaran.
Bagi memastikan layanan yang
diberikan adalah adil, guru perlu juga menggunakan pelbagai teknik dan kaedah
bagi memberi kepuasan kepada murid supaya tidak seorangpun murid dalam kelas
dikebelakangkan. Semasa pengajaran guru tidak boleh mengelompok murid mengikut kaum
mereka tertentu sahaja. Guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran
koperatif. Melalui kaedah ini murid
dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan cara ini
akan dapat mewujudkan suasana saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung
serta mewujudkan sifat kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat
majmuk. Selain itu, guru juga perlu mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Kelas sosial merupakan perbezaan kedudukan sesuatu kelompok dalam
masyarakat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, dan pekerjaan. Kebijaksanaan guru mengendalikan perbezaan kelas
sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.
Dengan itu, suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran
lebih menyeronokan.
Seterusnya, guru harus berusaha untuk membantu murid memahami
dan membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Para guru perlu sentiasa mempunyai pemahaman antara budaya yang
baik dan sentiasa berusaha untuk membina perpaduan dalam kalangan murid-murid seiring dengan konsep 1 Malaysia.
GURU DAN CADARAN SEMASA : PERANAN GURU MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONAL
Integrasi
antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika
menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan
Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar
yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang
menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai
kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan
KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh
dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika
dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. (Malaysia, 2001)
Seorang
pendidik perlu memainkan peranan yang dominan dalam usaha merealisasikan apirasi
negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan
pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan
keilmuan dan keluhuran peribadi disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan
professional. Berdasarkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan, Peranan guru sebagai pembina negara bangsa dan modal
insan serta mewujudkan integrasi nasional dalam kalangan murid adalah melalui cara-
cara berikut iaitu memperkasa bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional serta memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
Bahasa
Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan begitu penting dalam
masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan
musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia
dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan
warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan
kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa
ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi
merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen
perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957.
Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang
kaum.
Dengan ini, bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan hendaklah memainkan peranan yang penting untuk
meyatupadukan semua kaum di negara ini. Ini selaras dengan pendapat Garvin dan
Mathiot ( 1968 ) yang mengatakan bahawa fungsi simbolik sesuatu bahasa standard
ialah fungsi penyatuan. Dalam hal ini, bahasa itu boleh bertindak sebagai alat
yang menghubungkan penutur-penutur yang menuturkan berbagai-bagai dialek bahasa
yang sama, dan dengan sedemikian menyatukan mereka ke dalam satu masyarakat
bahasa. Hasil daripada penyatuanpaduan ini, akan wujudlah satu bangsa yang
dikenali sebagai bangsa Malaysia. Penyatupaduan rakyat sesebuah negara jarang
berlaku dengan hanya bersefahaman dalam politik dan agama sahaja. Akan tetapi
bahasa yang merupakan alat pengisi pemikiran dan alat untuk melahirkan pendapat
dan fikiran itu merupakan alat perpaduan yang sebaik-baiknya. Dalam hal ini, bahasa
Melayu mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.
Oleh itu, bagi melaksanakan garis panduan
tersebut, guru perlu menangani cabaran integrasi nasional dengan menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Guru harus menerapkan
dan menanam rasa cinta akan bahasa Malaysia dalam jiwa muridnya. Antara cara
dalam usaha memperkasakan bahasa ini adalah dengan mengadakan program-program seperti
pertandingan debat, pidato, dan bahas. Pertandingan menulis artikel, Minggu
Bahasa dan Kebangsaan serta program Wacana Ilmu dan lain- lain
Peranan guru seterusnya adalah
memantapkan perpaduan dan integrasi nasional .Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Rancangan Integriti Murid untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP adalah
sebuah program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru,dan
kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan
peralatan, penggemblengan tanaga dan kepakaran.
Matlamat utama RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang
berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
Justeru itu, guru perlulah menerima
cabaran dan berusaha untuk melaksanakan dengan sebaik mungkin aktiviti RIMUP tersebut
di sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan antaranya dari
bidang kecemerlangan akademik, aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti
Seminar, Karnival,debat dan lain-lain. Bagi bidang sukan dan permainan pula banyak
juga aktiviti yang boleh dijalankan seperti permainan tradisional, sukan rakyat
dan mencari harta karun. Seterusnya bagi bidang kokurikulum aktiviti kebudayaan, sambutan serta perayaan,
perkhemahan dan lawatan boleh dijalankan. Begitu juga aktiviti khidmat masyarakat
juga boleh dibuat seperti aktiviti gotong-royong, melawat rumah orang-orang tua
dan bantuan bencana alam turut boleh dipraktikkan dalam kalangan murid.
Seterusnya, guru turut berperanan
dalam memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa dalam usaha
mencapai matlamat integrasi nasional. Bagi menangani cabaran integrasi nasional
guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam
kalangan murid. Sebagai contoh semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar
daripada pelbagai aktiviti rutin yang dijalankan di sekolah. Antara aktiviti yang
dapat menanamkan semangat patriotisme termasuk aktiviti perbarisan, menaikkan bendera
dan menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu patriotik semasa perhimpunan mingguan sekolah.
Selain itu juga semangat patriotisme juga dapat dipupuk melalui sambutan bulan kemerdekaan
yang diadakan di sekolah. Pelajar digalakkan melibatkan diri dalam segala aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair,pantun,
puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik dan lain-lain.
Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk menanam rasa cinta akan negara,
memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat-menghormati serta peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Guru juga berperanan untuk menerapkan
nilai-nilai murni yang dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam
kalangan pelajar yang berbilang bangsa sepanjang aktiviti yang dijalankan. Guru
juga boleh menggalakkan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti kuiz Bina Bangsa, Kem pencinta akan
Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang dan bahas perpaduan. Pelajar berbilang
kaum diberi peluang oleh guru untuk berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah.
Aktiviti sebegini mampu membina jati diri serta menanam sikap kecitaan kepada
bangsa dan negara.
Konsep sekolah wawasan yang
dipraktikkan juga memerlukan peranan yang besar dalam kalangan guru yang juga
berbilang bangsa. Wujudnya konsep sekolah wawasan ini bertujuan untuk
melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara. Penubuhan
sekolah ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang
berbilang kaum di Malaysia. Pelajar akan mudah dipertemukan kerana berada di
satu tapak persekolahan yang sama. Mereka menggunakan kurikulum yang sama
walaupun masih menggunakan bahasa ibunda dalam pelajaran masing-masing. Sekolah
wawasan menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza bagi membolehkan
pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa
kebangsaan. Bagi memastikan matlamat penubuhan sekolah wawasan ini dapat
dicapai maka peranan guru adalah amat dituntut. Guru perlu bergerak seiring
dengan matlamat yang telah ditetapkan. Guru perlu sentiasa mencari dan memberi
peluang agar wujudkan interaksi dan hubungan yang baik antara pelajar yang
berbilang kaum.
GURU DAN CABARAN SEMASA : CABARAN ABAD KE-21
Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar
kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang
serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969.
Terdapat juga prasangka,amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan
kumpulan etnik tertentu. Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat
tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang perlu kita ketahui,
cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud
daripada tiga sumber iaitu pertama sekali cabaran dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang
yang dialami oleh rakyat daripada sesuatu keturunan bangsa. Masalah yang timbul
daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati ada di
antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.
Ketiganya masalah yang timbul
daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika
terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut. (Hashim, 2007)
Walaupun pelbagai usaha dan strategi
dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional, namun
masih terdapat pelbagai halangan yang menjadi masalah dalam pembentukkan
masyarakat yang bersatu padu di Malaysia. Nilai dan sikap masyrakat yang
berprasangka, perkauman dan etnosentrisme merupakan faktor asas kepada
halangan-halangan lain. Halangan-halangan yang timbul dalam memupuk perpaduan
dan integrasi nasional di Malaysia boleh dilihat dari perspektif sosial,
kebudayaan, ekonomi, politik dan faktor fizikal.
Sosial
Dalam aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Oleh sebab itu, wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh pendedahan yang kurang tentang kepelbagaian etnik di Malaysia. Halangan yang seterusnya ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia.
Sosial
Dalam aspek sosial, halangan yang timbul ialah tahap kefahaman yang rendah tentang cara hidup dan masalah-masalah hidup kaum lain. Keadaan ini menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai antara kaum. Oleh sebab itu, wujudnya masalah perkauman yang mengundang kepada permusuhan kaum. Tahap kefahaman yang rendah tentang kaum lain ini biasanya disebabkan oleh pendedahan yang kurang tentang kepelbagaian etnik di Malaysia. Halangan yang seterusnya ialah kewujudan sekolah jenis kebangsaan. Seperti mana yang kita tahu, penyelarasan kurikulum dan kokurikulum telah telah dijalankan di semua sekolah di Malaysia.
Namun
begitu, ia tidak begitu menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional
kerana masih terdapat sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang menempatkan
pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum-kaum yang sama dalam satu sekolah.
Dengan adanya sekolah-sekolah ini telah mengurangkan peluang-peluang untuk
berinteraksi dan berhubung dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum yang
berlainan. Maka semangat kekeluargaan tidak dapat dipupuk dan seterusnya
menjadi penghalang kepada perpaduan. Bagi ibu bapa, mereka juga lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka ke
sekolah-sekolah jenis kebangsaan seperti kaum Cina dan India. Ini kerana mereka
tidak begitu yakin dengan pengurusan sekolah-sekolah kebangsaan yang
kebanyakkannya terdiri dari pelajar-pelajar Melayu.
Dalam konteks sosial juga dapat
diperhatikan kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal
di satu kawasan yang terdiri dari penduduk yang sama kaum. Contohnya di Kuala
Lumpur, penduduk Cina lebih banyak tertumpu di kawasan Pudu, kaum India di
kawasan Brickfield dan Sentul manakala kaum Melayu pula di kawasan Kampung
Baru. Keadaan ini berlaku kerana mereka merasakan lebih selamat tinggal bersama
penduduk-penduduk yang sekaum dengan mereka.
Kebudayaan
Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. Selain itu perbezaan kebudayaan juga merupakan penghalang dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbangkan kepada masalah perpaduan. Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi punca kepada masalah perpaduan. Ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka.
Kebudayaan
Antara halangan yang timbul dari segi kebudayaan ialah proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri. Maksudnya dalam proses pemasyarakatan tidak ada pendedahan kepada adat-adat dan kebudayaan etnik lain. Maka cara hidup kaum-kaum lain tidak diketahui dan ia akan menjadi penghalang kepada pembinaan hubungan baik antara kaum. Proses pemasyarakatan ini merangkumi pendidikan di sekolah serta asuhan ibu bapa. Selain itu perbezaan kebudayaan juga merupakan penghalang dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia. Kebudayaan meliputi agama, kepercayaan, adab resam dan cara hidup setiap kaum. Perbezaan kebudayaan akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbangkan kepada masalah perpaduan. Pada masa yang sama, sikap setiap kaum yang terlalu mempertahankan budaya mereka juga menjadi punca kepada masalah perpaduan. Ini kerana mereka tidak dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum lain yang berbeza dengan cara hidup mereka.
Ekonomi
Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi. Sejak dari zaman penjajahan British lagi masalah perbezaan pekerjaan membelenggu masyarakat yang berbilang kaum ini. Pada waktu itu, masyarakat Cina banyak ditempatkan di kawasan-kawasan bandar kerana kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor perlombongan biji timah. Bagi masyarakat India, mereka ditempatkan di kawasan-kawasan estet getah dan orang Melayu pula banyak di kawasan-kawasan kampung kerana orang Melayu bergiat dalam pertanian tradisional. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina. Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan takut terhadap kaum yang berkuasa.
Perbezaan pekerjaan merupakan salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada perpaduan dari segi ekonomi. Sejak dari zaman penjajahan British lagi masalah perbezaan pekerjaan membelenggu masyarakat yang berbilang kaum ini. Pada waktu itu, masyarakat Cina banyak ditempatkan di kawasan-kawasan bandar kerana kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor perlombongan biji timah. Bagi masyarakat India, mereka ditempatkan di kawasan-kawasan estet getah dan orang Melayu pula banyak di kawasan-kawasan kampung kerana orang Melayu bergiat dalam pertanian tradisional. Pengenalan kaum mengikut jenis pekerjaan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu sedikit sebanyak mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia sekarang. Sebagai contoh ialah bidang perniagaan yang kebanyakkannya dikuasai oleh kaum Cina. Perbezaan sosioekonomi yang berlaku boleh menimbulkan rasa cemburu, sangsi dan takut terhadap kaum yang berkuasa.
Politik
Dalam aspek politik, perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Parti-parti politik di Malaysia seperti MCA dan MIC merupakan contoh-contoh parti politik yang dianggotai oleh satu golongan etnik sahaja. Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat dan isi hati, semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia.
Dalam aspek politik, perkara yang menjadi penghalang ialah politik perkauman. Parti-parti politik di Malaysia seperti MCA dan MIC merupakan contoh-contoh parti politik yang dianggotai oleh satu golongan etnik sahaja. Oleh kerana setiap parti bebas menyuarakan pendapat dan isi hati, semangat perkauman semakin menyemarak dalam diri masyarakat di Malaysia.
GURU DAN CABARAN SEMASA : INTEGRASI NASIONAL
Konsep
Integrasi Nasional
Beberapa peristiwa utama negara
telah berlaku yang hampir melumpuhkan dan tidak mewujudkan peluang bagi membina
perpaduan negara seperti Dasar Pecah dan Perintah yang diperkenalkan British,
peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dan juga isu kerakyatan Jus Soli. Selanjutnya, Dasar Pendidikan Negara (DPN) yang dilihat
sebagai medium utama dalam merencanakan langkah bagi menyatupadukan semula
rakyat-rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Integrasi Nasional dalam Pendidikan
Isu
integrasi nasional adalah merupakan salah satu cabaran penting dalam negara
kita dan khususnya kepada para pendidik. Oleh itu, langkah yang paling berkesan
untuk menangani isu tersebut adalah melalui peranan guru di sekolah. Menurut
Kamus Dewan Edisi keempat Integrasi membawa maksud penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Nasional pula memberi
maksud kebangsaan. Oleh itu dapatlah dinyatakan bahawa integrasi nasional
bermaksud proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar
belakang, situasi sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai
pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama dan akhirnya
dapat mewujudkan persefahaman dan pemikiran antara kaum disesebuah negara.
Dalam kata lain Integrasi Nasional membawa maksud proses dinamik untuk
merapatkan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. (Noriati, 2010)
Terdapat beberapa pandangan berkaitan
maksud integrasi nasional tersebut antaranya adalah menurut Shamsul Amri( 2007)
integrasi adalah satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam
kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, soasial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010), pula menyatakan integrasi nasional
merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segia
latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan
norma serta mengamalkan kehidupan bersama.
“Literature
Review”
Beberapa kajian digunakan bagi
memudahkan lagi pemahaman kepada konsep Integrasi Nasional dan cabaran semasa.
Antara kajian yang boleh disertakan disini ialah Kajian Hubungan Kaum dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial Uniersiti Utara Malaysia yang
ditulis oleh Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah dan Prof.Madya Datin Hajah
Salma Ishak yang menyatakan bahawa perpaduan antara seluruh warga masyarakat
menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita
Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, oleh itu untuk memastikan negara
sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang
berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora
sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negera bangsa. Untuk memupuk semangat
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya. Dapatan
kajian menunjukkan suasana atau interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang
positif dengan tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan
persepsi hubungan antara kaum. Dicadangkan supaya program-program yang boleh
menghangatkan suasana atau iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan
agar dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan
seterusnya diamalkan dalam kehidupan di luar sana. Kajian ini juga adalah
bertepatan dengan situasi yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah.
Terdapat juga beberapa kajian yang
mengkaji hubungan murid pelbagai etnik di sekolah. Antara kajian tersebut
adalah kajian yang dibuat oleh Ibrahim (1980), Santhiram (1999) , Hazri et.al
(2004) dan Joseph (2006) yang telah memberi fokus kepada mendapatkan maklumat
dan gambaran tentang tahap atau senarai hubungan etnik dan faktor-faktor yang
mempengaruhi interaksi dan perpaduan antara murid pelbagai etnik di sekolah.
Kajian oleh Ibrahim (1980) pula telah menumpukan kepada soal mengenal pasti
tahap identiti nasional dalam kalangan murid pelbagai etnik. Dapatan kajian beliau
mendapati bahawa murid di kawasan luar bandar lebih tinggi dari segi iltizam
mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding dengan murid di kawasan
bandar
Seterusnya Kajian daripada Santhiram
(1999) pula berkaitan pendidikan etnik India di Malaysia yang telah menyentuh
pola persahabatan pelajar-pelajar India dengan kumpulan etnik yang berlainan di
sekolah. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa wujud polarisasi antara
kumpulan etnik dan pelajar sering melihat perbezaan etnik dalam hubungan dengan
pelajar-pelajar dari kumpulan etnik yang berbeza. Manakala kajian oleh Hazri
et.al(2004) cuba mengenalpasti tahap interaksi sosial antara murid pelbagai
etnik di sekolah menengah. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan tahap
interaksi sosial murid pelbagai etnik dipengaruhi oleh situasi , latar belakang
sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan juga polisi sekolah. Joseph (2006)
pula mengkaji pembentukan identiti keetnikan dalam kalangan murid perempuan di
sekolah-sekolah Malaysia. Kajian beliau mendapati polisi mempengaruhi pemikiran
murid dalam pembentukan identiti keetnikan. Hazri (2008) pula telah
menganalisis polisi di peringkat nasional dalam mencapai matlamat perpaduan
melalui pendidikan. Kajian beliau mendapati terdapat perbezaan perspektif dan
ideologi terhadap polisi-polisi untuk perpaduan yang telah dilaksanakan dalam
sistem pendidikan di Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)